top of page
  • Facebook Black Round
  • Google+ Black Round
  • Tumblr Black Round

AKEF 2015 cipta kelainan daripada sebelum ini

  • Aidil Ashrawi Mohd Mohiden
  • May 24, 2015
  • 1 min read

akef1.jpg

Putrajaya – Tema bagi majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti (AKEF) 2015 anjuran Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) adalah ‘Retro’, sekaligus memberikan impak yang berbeza dan mempunyai keunikannya tersendiri berbanding dengan majlis yang sama sebelum ini.

Tujuan utama majlis adalah untuk mengumpul semua pelajar tahun empat FPBU yang baru sahaja menamatkan pengajian bagi menyambut salam perpisahan dan selamat menempuhi alam pekerjaan atau menyambung pengajian disamping untuk menggalakkan dan mendorong pelajar-pelajar agar terus berusaha gigih demi mencapai kejayaan di masa hadapan.

Majlis ini adalah antara program yang terbesar yang dianjurkan oleh Nadi Thaqafah FPBU, kata Muhammad Wa’iz Md Norman, Ketua Unit Protokol majlis tersebut.

Jelas beliau lagi, “ Kos bagi menganjurkan majlis pada kali ini adalah lebih tinggi daripada sebelum ini kerana ia dianjurkan di luar kawasan daripada USIM iaitu di Putrajaya, selain itu kos bagi tempahan tempat, makanan, peralatan dan lain-lain juga agak mahal”.

“Akan tetapi saya tetap berpuas hati kerana berpeluang untuk menggalas salah satu tugas yang diberikan dalam menganjurkan majlis ini walaupun terdapat sedikit masalah yang berlaku dari segi teknikal, namun ianya saya tetap menjadikan sebagai pengajaran dan menganggap ianya sebagai ‘asam garam’ di dalam kehidupan".

Salah seorang peserta daripada tahun 3, Saidatul Amaeleenah berkata, dia berasa gembira kerana dapat menyertai majlis ini kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman yang baru.

“Majlis ini dapat memberikan saya suatu dorongan agar terus berusaha bersungguh-sungguh didalam pelajaran melalui pelajar-pelajar yang menerima anugerah daripada fakulti,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, ”Saya berharap pada tahun hadapan majlis ini bertambah menjadi lebih baik dengan idea yang lebih kreatif, walaupun saya sudah cukup berpuas hati dengan majlis AKEF pada kali ini”.

Persembahan daripada Syabab Soulerz

 
 
 

Comments


Search By Tags

© 2023 by Walkaway. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Black Round
  • Google+ Black Round
  • Twitter Black Round
bottom of page