top of page
  • Facebook Black Round
  • Google+ Black Round
  • Tumblr Black Round

'Braille for All' merangkul anugerah utama iReka 2015

  • Saidatul Amaeleenah Said
  • May 22, 2015
  • 2 min read

ireka.jpg

Nilai - Aplikasi Braille for All ciptaan pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS) berjaya memenangi ‘Grand Award’ dalam pertandingan Rekacipta dan Inovasi Islam 2015 baru-baru ini.

Kumpulan Dream Team dari Darul Quran yang membawa inovasi 'Braille For All' ini berjaya membawa pulang RM900 bersama trofi serta sijil hasil daripada ciptaan kamus Braille yang dicipta khas untuk orang kurang penglihatan dan juga orang normal.

Salah seorang ahli kumpulan Dream Team, Afiqah Calleja, berkata mereka mereka tidak menyangka diumumkan sebagai juara kerana mempunyai banyak persaingan yang sengit.

Katanya lagi, semua kejayaan yang mereka dapat dianggap rezeki untuk mereka dan sangat berpuas hati kerana usaha mereka berjaya mendapatkan hasil.

“Kami berharap hasil ciptaan kami ini dapat memberi bantuan kepada umat manusia di luar sana dan semoga hasil usaha selama ini dapat dijadikan bekalan di hari akhirat,” tambahnya lagi.

Pertandingan I-REKA kali ini dilihat semakin mendapat banyak tempat dalam kalangan mahasiswa dengan penyertaan yang banyak dari sebelumnya.

Kumpulan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Darul Quran (DQ) juga tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan ini.

Salah seorang juri bagi pertandingan tersebut, Prof. Madya Paimah Atoma, berkata setiap kumpulan yang bertanding mempunyai kreativiti yang tersendiri.

Tambah beliau, juri sukar untuk memberi penilaian kerana persaingan dalam kalangan pelajar agak sengit dan memiliki daya cipta yang tinggi.

“Terdapat juga hasil reka cipta pelajar yang terhasil luar daripada jangkaan juri seperti penciptaan rumah elektronik”, katanya lagi.

Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Islam memberi peluang kepada pelajar dalam mengetengahkan idea dan kreativiti mereka.

Pengarah program I-REKA 2015, Mohd Faezwan, berkata pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengetengahkan produk Islam yang inovatif dalam kalangan mahasiswa.

Beliau berharap pertandingan ini menjadi landasan kepada para mahasiswa untuk mencungkil bakat dan potensi mereka dalam pelbagai bidang.

“Mahasiswa juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dan diperoleh semasa belajar di universiti untuk mencipta inovasi demi pembangunan ummah”, katanya ketika dihubungi.

Perasmian penutupan pertandingan I-REKA dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Musa Ahmad.

11358872_995899330428479_215268902_n.jpg

 
 
 

Comments


Search By Tags

© 2023 by Walkaway. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Black Round
  • Google+ Black Round
  • Twitter Black Round
bottom of page