top of page
  • Facebook Black Round
  • Google+ Black Round
  • Tumblr Black Round

MATA 2.0 tetap mendapat penyertaan

  • Saidatul Amaeleenah Said
  • May 15, 2015
  • 2 min read

Nilai - Program Mahrajan Thaqafi Arabiy (MATA) anjuran Nadi Thaqafah, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) tetap mendapat penyertaan daripada pelajar pelbagai fakulti meskipun penyertaan pelajar masih kurang menggalakkan baru-baru ini.

11201618_1592694357672383_7317092513782685622_n.jpg

Program yang berlangsung selama empat hari bermula 6 sehingga 9 Mei tersebut memperlihatkan kehadiran ramai pengunjung terutamanya dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan pada waktu pagi seperti pertandingan Kalam Jamaie dan Story Telling walaupun kelihatan agak sunyi daripada kehadiran pengunjung pada waktu petang.

Pengarah program, Amzar Asyraf, 22, berkata, banyak faktor yang menyumbang kepada peratusan kehadiran yang kurang menggalakkan antaranya ketiadaan pelajar daripada Pusat Tamhidi yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka.

“ Pada asalnya banyak penyertaan diterima daripada fakulti lain, tetapi kebanyakan penyertaan ditarik balik disebabkan faktor yang sukar dielakkan.”

Salah seorang pelajar tahun dua FPBU, Nur Zharifah yang ditemubual mengatakan bahawa, mereka banyak memberikan komitmen kepada aktiviti-aktiviti lain justeru tidak dapat menyertai Mahrajan Thaqafi Arabiy pada kali ini, " Program ini sangat menarik kerana ianya melibatkan penggunaan bahasa Arab tetapi banyak faktor yang membuatkan saya dan rakan-rakan tidak dapat mengikuti program ini. Tambahan pula pada waktu itu kami pelajar tahun dua kesemuanya perlu membentang projek kami dalam Seminar dan Pameran Produk Kreatif (SPARK) di Dewan Besar USIM.

11150499_1593037474304738_3659666281951719425_n.jpg

Walaupun penyertaan pertandingan kurang mendapat sambutan pelajar, aktiviti-aktiviti yang dirancang tetap berjalan dengan lancar antaranya Forum Travelog Kemanusiaan bersama Muslim Care, program Bicara Siswi, Malam Kebudayaan Arab, kuiz bahasa Arab dan 'story telling' yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah.

Penyelaras program Nadi Thaqafah yang juga pensyarah FPBU, Puan Kartina Kamaruzzaman, berkata beliau amat berpuas hati dengan pencapaian pelajar yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

" Kurang penyertaan bukanlah masalah untuk untuk kami meneruskan program kerana kami masih mempunyai peserta yang masih setia bersama kami."

Majlis penutupan MATA 2.0 dirasmikan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Y. Bhg Profesor Dato' Dr. Mustafa Mohd Hanefah serta dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan daripada pelajar serta artis jemputan iaitu kumpulan qasidah ar-Rayyan serta Muadz Dzulkefli.


 
 
 

Comments


Search By Tags

© 2023 by Walkaway. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Black Round
  • Google+ Black Round
  • Twitter Black Round
bottom of page