Penulis filem mestilah penulis Islam
- Nazhif Nazri & Aidil Ashrawi Mohd Mohiden
- Apr 26, 2015
- 2 min read
Untuk menghasilkan filem patuh syariah, penggiat industri filem mestilah seorang yang tahu akan syariah Islam itu sendiri bagi memastikan perjalanan filem berada di landasan yang tepat.
Kesedaran tentang filem patuh syariah semakin hari ianya semakin mendapat perhatian dalam industri seni dan perfileman negara.
Mior Hashim Manap, seorang pengarah filem yang dijemput sebagai salah seorang panel dalam Forum Apresiasi Filem Patuh Syariah berkata “untuk menjadikan filem patuh syariah memonopoli industri seni tanah air sememangnya akan memakan yang lama”.
Hal ini kerana, jika dilihat populariti filem atau drama di Malaysia realitinya kebanyakan mengandungi unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam.
Sebagai contoh menayangkan wanita yang mendedahkan aurat, bersentuhan dengan berlainan jantina dan sebagainya.
Mengulas mengenai perkara ini, beliau merupakan pengarah filem Setulus Cinta Aqilah berkata, "Anda boleh buat jalan cerita atau skrip yang patuh syariah, tapi anda bersedialah untuk tidak jadi popular."
Ulas beliau lagi, filem melayu tidak mempunyai identitinya yang tersendiri, malahan banyak meniru identiti filem bangsa lain kerana ianya dianggap mempunyai rating tersendiri.
Malah penerbit hari ini tidak akan menerbitkan filem atau drama yang tidak akan popular pada masa hadapan.kerana mereka lebih melihat kepada pulangan kepada filem tersebut dan rating terlebih dahulu.
Komen beliau lagi, "kita sememangnya sudah ada kesedaran tentang cerita-cerita yang patuh syariah tapi tiada siapa yang mahu bagi kos untuk cerita itu dibikinkan."
Masalah kewangan merupakan faktor utama bagi menjayakan cerita-cerita yang patuh syariah di sini, Malaysia.
Di Indonesia, cerita Ayat-ayat cinta, Ketika Cinta Bertasbih merupakan antara contoh filem islamik yg mendapat tempat di hati penonton dan mereka mempunyai bajet atau kos yang tersendiri.
Harapan beliau kepada pelajar-pelajar USIM yang bakal menjadi pengiat seni masa hadapan, supaya banyak membaca dan menambah pengetahuan sebagai salah satu cara untuk membentuk idea bagi menjayakan perfileman patuh syariah di Malaysia kelak.
Pelaksanakan filem patuh syariah tidak susah sekiranya semua pihak mempunyai kesedaran yang tinggi dalam perkara ini. Penggiat seni seharusnya masing-masing berganding bahu untuk mengimplimentasikan suatu filem patuh syariah yang betul-betul dapat menyentuh hati dan perasaan penonton agar suatu hari nanti Malaysia mampu terkenal dengan cerita islamik bertaraf antarabangsa.

Comments