top of page
  • Facebook Black Round
  • Google+ Black Round
  • Tumblr Black Round

Minggu keusahawanan pupuk semangat keusahawanan

  • Aidil Ashrawi Mohd Mohiden
  • Apr 24, 2015
  • 1 min read

AP1T0314_525.jpg

Nilai - Lebih 140 buah kumpulan dari pelbagai fakulti menunjukkan bakat dalam bidang perniagaan pada minggu Keusahawanan Siswa 2015 yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS).

Program ini adalah sebahagian daripada tugasan pelajar yang mana ianya wajib universiti dalam usaha melatih mereka bagi menjalankan perniagaan yang dirancang serta meningkatkan kemahiran yang mereka miliki dalam bidang perniagaan.

“Perniagaan menjadi lebih efektif jika diurus dengan betul, jika pelajar tidak mendapat pekerjaan yang sepatutnya mereka boleh mencari alternatif lain seperti berniaga.” kata Idris Al Rifaie, pelajar yang ditemubual dalam program tersebut.

AP1T0517_525.jpg

Tambah beliau lagi, “Walaupun kadar pengangguran masih rendah di Malaysia, namun ianya semakin lama semakin meningkat. Antara faktor utamanya peningkatan jumlah graduan setiap tahun dimana ia menyebabkan persaingan semakin tinggi”.

Minggu Keusahawanan Siswa 2015 berlangsung bermula 20 sehingga 24 April 2015 di Pusat Komersil Pelajar (PKP) turut mengadakan pelbagai aktiviti lain antaranya Pertandingan Business Pitching yang telah disertai oleh para pelajar USIM sendiri dan perasmian Minggu Keusahawanan Siswa oleh Naib Cancelor USIM, Profesor Dato' Dr Musa Ahmad.

 
 
 

Comments


Search By Tags

© 2023 by Walkaway. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Black Round
  • Google+ Black Round
  • Twitter Black Round
bottom of page